Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

KAMI BERTEDUH DI BAWAH BUMBUNG YANG SAMA

Kebersamaan yang tinggi dalam kalangan pengurusan dengan merancang dan merangka perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang bersesuaian dengan kemampuan dan kekuatan di sekolah. Perancangan jangka panjang dan perancangan jangka pendek selaras dengan visi dan misi KPM. SOWT dilakukan untuk mencari jalan yang terbaik agar destinasi yang ingin dicapai berjaya digapai.  Orang selalu bertanya mengapa PB menggunakan contoh analisa SWOT bidang perniagaan. Jawapannya mudah untuk difahami dan keinginan kami untuk menjadikan sekolah ditadbir urus secara koperat. Penolong-penolong kanan melaksanakan analisa SWOT bersama-sama guru-guru di bawah bidang-bidang masing-masing. Kebersamaan Penolong-penolong kanan dengan guru-guru yang tinggi berupaya menjadikan kekitaan dalam pasukan tinggi.  bersambung......

TUNJANGAN UTAMA SEKOLAH

Organisasi utama di sekolah merupakan kumpulan pengurusan yang terdiri darpada penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran.   Mereka merupakan tiang utama pengurusan di sekolah.   Kekuatan utama sesebuah sekolah terletak di sini.   Pengurusan sekolah tidak akan bergerak dengan baik sekiranya dibarisi oleh pengurusan yang tidak kuat.  Pasukan Pengurusan SMKPB 2016. Antara mereka dua telah menjadi pengetua dan yang lainnya penolong-penolong kanan. Saya  sangat bertuah kerana keupayaan penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran yang berupaya memahami visi, misi dan KPI sekolah serta berupaya menterjemahkan dengan gaya dan strategi tersendiri untuk mencapainya.   Penolong-penolong kanan merupakan pengerak utama dalam kalangan guru-guru.   Menyebarkan dan sentiasa berkongsi dan melaksanankan pelbagai strategi dan aktiviti bagi mencapai visi, misi dan KPI sekolah.   Mereka tidak menunggu arahan daripada pengetua, masin...