Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

PERSIAPAN AKHIR BUKA SEKOLAH SEMULA JULAI 2020

KESEDIAAN PELAJAR SMK Pengalan Berangan, Marang telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam pada 15 Julai nanti. Persiapan yang sangat rapi mula dlaksanakan sejak dua minggu yang lepas dengan menyampaikan makluman awal dalam bentuk surat telah dihantar kepada ibu bapa dan pelajar melalui laman sosial, PIBG, MPKK dan juga hebahan di masjid pada hari Jumaat. Perkara yang dimaklumkan berkaitan sekolah akan dibuka pada 15 Julai 2020 yang melibatkan semua. Pelajar-pelajar yang benar-benar sihat sahaja yang boleh hadir ke sekolah. Pelajar yang akan hadir pada hari pertama bakal mengalami new normal apabila digalakkan memakai topeng, membawa air minuman dan makanan yang dimasak dari rumah. Kehadiran pelajar bermotosikal tidak dibenarkan membonceng pelajar lain dari rumah yang berasingan. Sesampainya di sekolah suhu badan dan catatan suhu badan akan diambil oleh guru bertugas di kaunter yang telah ditetapkan dan tangan perlu menggunaka