Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

ANTARA BEKER UBI YANG SEDAP DAN SEBUAH CATATAN PERJALANAN YANG BAHARU

1 Julai 2020 merupakan satu tarikh yang akan diingati sampai bila-bila apabila sekitar pukul 9.00 pagi telah dimaklumkan untuk hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pelbagai andaian dibuat tentang panggilan itu. Beberapa panggilan telefon kepada beberapa sahabat jelas menunjukkan ada sesuatu amanah baharu akan diberkan. Saya tenang sahaja pada hari itu. Selepas parking kereta saya sempat menghiburkan diri sendiri dengan secawan teh o panas dan satu bekas beker ubi sambil berwhatsapp dengan group middle sekolah secara santai termasuk tentang beker ubi yang sedap agar kehangatan 'kehadiran berkot' itu reda sekejap dan tidak mengganggu sesiapa. Setelah selesai menghiburkan diri di warung berhampiran JPNT saya terus melangkah. Sesampainya di foyer JPNT saya dapati saya merupakan orang yang pertama yang sampai lalu saya menggambil keputusan bertengek sekejap sambil memerhati keadaan dan suasana di situ.  Saya melihat Wan Zaidi PKP Bukit Tunggal muncul dan saya terus ke bili

PERSIAPAN AKHIR BUKA SEKOLAH SEMULA JULAI 2020

KESEDIAAN PELAJAR SMK Pengalan Berangan, Marang telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam pada 15 Julai nanti. Persiapan yang sangat rapi mula dlaksanakan sejak dua minggu yang lepas dengan menyampaikan makluman awal dalam bentuk surat telah dihantar kepada ibu bapa dan pelajar melalui laman sosial, PIBG, MPKK dan juga hebahan di masjid pada hari Jumaat. Perkara yang dimaklumkan berkaitan sekolah akan dibuka pada 15 Julai 2020 yang melibatkan semua. Pelajar-pelajar yang benar-benar sihat sahaja yang boleh hadir ke sekolah. Pelajar yang akan hadir pada hari pertama bakal mengalami new normal apabila digalakkan memakai topeng, membawa air minuman dan makanan yang dimasak dari rumah. Kehadiran pelajar bermotosikal tidak dibenarkan membonceng pelajar lain dari rumah yang berasingan. Sesampainya di sekolah suhu badan dan catatan suhu badan akan diambil oleh guru bertugas di kaunter yang telah ditetapkan dan tangan perlu menggunaka

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibekalkan namun kit

KAMI BERTEDUH DI BAWAH BUMBUNG YANG SAMA

Kebersamaan yang tinggi dalam kalangan pengurusan dengan merancang dan merangka perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang bersesuaian dengan kemampuan dan kekuatan di sekolah. Perancangan jangka panjang dan perancangan jangka pendek selaras dengan visi dan misi KPM. SOWT dilakukan untuk mencari jalan yang terbaik agar destinasi yang ingin dicapai berjaya digapai.  Orang selalu bertanya mengapa PB menggunakan contoh analisa SWOT bidang perniagaan. Jawapannya mudah untuk difahami dan keinginan kami untuk menjadikan sekolah ditadbir urus secara koperat. Penolong-penolong kanan melaksanakan analisa SWOT bersama-sama guru-guru di bawah bidang-bidang masing-masing. Kebersamaan Penolong-penolong kanan dengan guru-guru yang tinggi berupaya menjadikan kekitaan dalam pasukan tinggi.  bersambung......

TUNJANGAN UTAMA SEKOLAH

Organisasi utama di sekolah merupakan kumpulan pengurusan yang terdiri darpada penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran.   Mereka merupakan tiang utama pengurusan di sekolah.   Kekuatan utama sesebuah sekolah terletak di sini.   Pengurusan sekolah tidak akan bergerak dengan baik sekiranya dibarisi oleh pengurusan yang tidak kuat.  Pasukan Pengurusan SMKPB 2016. Antara mereka dua telah menjadi pengetua dan yang lainnya penolong-penolong kanan. Saya  sangat bertuah kerana keupayaan penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran yang berupaya memahami visi, misi dan KPI sekolah serta berupaya menterjemahkan dengan gaya dan strategi tersendiri untuk mencapainya.   Penolong-penolong kanan merupakan pengerak utama dalam kalangan guru-guru.   Menyebarkan dan sentiasa berkongsi dan melaksanankan pelbagai strategi dan aktiviti bagi mencapai visi, misi dan KPI sekolah.   Mereka tidak menunggu arahan daripada pengetua, masing-masing bertindak dengan cara tersendi