Skip to main content

TUNJANGAN UTAMA SEKOLAH


Organisasi utama di sekolah merupakan kumpulan pengurusan yang terdiri darpada penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran.  Mereka merupakan tiang utama pengurusan di sekolah.  Kekuatan utama sesebuah sekolah terletak di sini.  Pengurusan sekolah tidak akan bergerak dengan baik sekiranya dibarisi oleh pengurusan yang tidak kuat. 

Pasukan Pengurusan 2016
Pasukan Pengurusan SMKPB 2016. Antara mereka dua telah menjadi pengetua dan yang lainnya penolong-penolong kanan.

Saya sangat bertuah kerana keupayaan penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran yang berupaya memahami visi, misi dan KPI sekolah serta berupaya menterjemahkan dengan gaya dan strategi tersendiri untuk mencapainya.  Penolong-penolong kanan merupakan pengerak utama dalam kalangan guru-guru.  Menyebarkan dan sentiasa berkongsi dan melaksanankan pelbagai strategi dan aktiviti bagi mencapai visi, misi dan KPI sekolah.  Mereka tidak menunggu arahan daripada pengetua, masing-masing bertindak dengan cara tersendiri berlandaskan perancangan induk sekolah.

Barisan pengurusan juga berupaya memahami gaya kepimpinan pengetua dan turut sama mempraktikan gaya kepimpanan tersebut.  
Perubahan gaya kepimpinan pengetua sentiasa berubah-ubah. Hal ini berlaku bersesuaian tempoh masa, kemajuan dan pencapaian sekolah selaras dengan transformasi yang ingin dilakukan. Bermula pertengahan tahun 2016-2017 servant leadership, tahun 2018-2019 instruksional leadership dan tahun 2020 deleget leadership. Penyesuaian kepimpinan berlaku masa PKP ini, iaitu birokrasi leadershipKesepakatan dan kerjasama dalam pasukan merupakan salah satu kekuatan. Tidak banyak perbezaan pendapat apabila visi, misi dan KPI sekolah jelas. Saling menerima kekuatan dan kelemahan antara satu sama lain dan tidak sama sekali mencari kelemahan individu. Walaupun kelemahan masing-masing itu ada tetapi bukan penghalang kerana masing-masing saling membantu, melengkapi dan menutupi kelemahan itu untuk menjadi sempurna. 


Barisan pengurusan juga berupaya mengerakkan subordinat dengan baik melalui pelbagai pendekatan dan strategik. Saya melihat pematuhan dan sentiasa menyemak perancangan dan takwim serta mengingatkan guru-guru merupakan salah senjata utama dan menjadikan perjalanan sekolah lancar. K
onsep turun padang sentiasa diamalkan sebagai kebersamaan dalam memberikan sokongan kepada subordinat agar dapat bersama-sama dalam merealisasikan perkara yang hendak dicapai dapat digapai.  Saya tahu perkara ini bukan mudah namun mereka berupaya melakukan yang terbaik yang kadang-kadang di luar jangkaan.

Sebagai kesimpulannya saya sangat beruntung kerana diri saya di kelilingi oleh penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang yang hebat dan melihat diri saya ini sebagai adik bongsu yang perlu disayangi dan dibantu. Sekian.

26 Mei 2020 / 4.24 a.m
Gong Kiat, Kuala Terengganu

Comments

Popular posts from this blog

TERENGGANU : ISTANA MAZIAH (1895 - KINI)

ISTANA MAZIAH mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof, istana ini dibina pada tahun 1897. Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870  (7 Zulhijjah 1286). Tapak Istana Hijau merupakan Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II (1831-1837) Kompleks Istana Sultan Mansur II  Istana Hijau Istana Maziah D alam Istana Maziah – Sekitar 1889 -1909 Rombongan Sir John Anderson dari Singapura tiba di Istana Maziah 1909 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Sumber : https:/...

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI