Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

ANTARA BEKER UBI YANG SEDAP DAN SEBUAH CATATAN PERJALANAN YANG BAHARU

1 Julai 2020 merupakan satu tarikh yang akan diingati sampai bila-bila apabila sekitar pukul 9.00 pagi telah dimaklumkan untuk hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pelbagai andaian dibuat tentang panggilan itu. Beberapa panggilan telefon kepada beberapa sahabat jelas menunjukkan ada sesuatu amanah baharu akan diberkan. Saya tenang sahaja pada hari itu. Selepas parking kereta saya sempat menghiburkan diri sendiri dengan secawan teh o panas dan satu bekas beker ubi sambil berwhatsapp dengan group middle sekolah secara santai termasuk tentang beker ubi yang sedap agar kehangatan 'kehadiran berkot' itu reda sekejap dan tidak mengganggu sesiapa. Setelah selesai menghiburkan diri di warung berhampiran JPNT saya terus melangkah. Sesampainya di foyer JPNT saya dapati saya merupakan orang yang pertama yang sampai lalu saya menggambil keputusan bertengek sekejap sambil memerhati keadaan dan suasana di situ.  Saya melihat Wan Zaidi PKP Bukit Tunggal muncul dan saya terus ke bili