Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

AMALAN MENYAPU HALAMAN RUMAH

Laman rumah masyarakat Melayu biasanya luas kerana mempunyai pelbagai fungsi. Pelbagai pokok ditanam yang mempunyai fungsi tertentu dalam pelbagai saiz. Pastinya apabila mempunyai pokok-pokok di halaman rumah daun pokok-pokok akan gugur. Amalan menyapu di halaman rumah ini dilakukan untuk membersihkan kawasan halaman rumah daripada didatangi oleh haiwan berbisa dan sebgainya. Daun-daun yang gugur dan sebagainya disapu dan dilonggok di suatu tempat. Sampah-sarap yang dilonggokan ini akan dibakar pada waktu petang. Tujuan membakar sampah-sarap ini pada waktu petang untuk menghalau nyamuk dan sebagainya. Pada waktu petang juga kain jemuran di rumah dan di rumah jiran tetangga telah diangkat dari jemuran. Jika tidak pasti kain di ampaian akan berbau asap.

TRADISI MAKAN PULUT DURIAN

Musim durian datang lagi tahun ini. Teringat berkaitan tradisi makan pulut durian dalam kalangan masyarakat Melayu satu ketika dahulu. Pengalaman ini semasa 20 tahun lepas masih lagi dalam ingatan. Pada zaman dahulu durian tidak semahal sekarang dan pasaran agak terhad. Jadi masyarakat ketika itu mengadakan tradisi makan pulut durian setiap kali datang musim durian di kampung. Masyarakat di kampung salah sebuah jajahan di Kelantan biasanya mengadakan tradisi makan pulut durian di surau atau di masjid pada waktu petang. Sebelum mengadakan acara ini pengumuman dibuat kepada penduduk kampung secara mulut ke mulut. Penduduk kampung yang mempunyai kebun atau pokok durian akan menyimpan durian yang gugur untuk dibawa ke acara tersebut. Bagi mereka yang tidak mempunyai kebun atau pokok durian akan membelinya sekirannya mereka mampu. Pada hari acara ini, pada waktu tengah hari golongan wanita akan menyediakan santan kelapa, hirisan gula melaka/nisan dan pulut secara bergotong royong di surau a

TUMBUHAN YANG BIASA DITANAM OLEH MASYARAKAT MELAYU

Tumbuhan yang biasa ditanam oleh masyarakat Melayu di halaman rumah. Antara tumbuhan @ softscape yang biasa didapati di halaman rumah masyarakat Melayu ialah Alphinia galanga (lengkuas), Cymbopogon citratus (serai), Averrhoa bilimbi (belimbing buluh), Citrus (limau), Cosmos caudatus (ulam raja), Curcuma domestika (kunyit), Capsium frutescens (lada), Garcinia mangostana (manggis), Mangifera indica (mempelam), Murraya koenigii (kari), Piper betle (sirih), Psidium guajava (Jambu batu), Tamarindus indicus (asam jawa), Pandanus amarylifolius (pandan), Areca catechu (Pinang), Plumeria rubra (kemboja), Cananga odorata (Kenanga), Michelia champaca (Cempaka), Artocarpus heterophyllus (Nangka), Sansevieria spp (lidah jin), Cocos nucifera (Kelapa), Musa   (pisang), Hibiscus (Bunga raya), Ixora (Tudung periuk)

LANDSKAP KONSEP MELAYU

Secara umumnya dalam landskap Melayu terdapat pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan antaranya ialah lokasi dan kawasan persekitaran. Landskap Melayu adalah suatu landskap yang menitik beratkan hubungan manusia dengan persekitarannya (tempat tinggal).  Antara prinsip landskap Melayu, mempunyai halaman yang luas untuk pelbagai aktiviti masyarakat dan kekeluargaan. Landskap Melayu mempertimbangkan aspek seperti di bawah: 1. Fungsi (setiap tumbuhan di halaman rumah sama ada untuk tujuan makanan, perubatan, teduhan atau kecantikan) 2. Tekstur (kulit batang, jenis daun, bentuk tumbuhan dan lain-lain) 3. Warna (warna yang dapat menafsirkan perasaan)  4. Lokasi penanaman (dari sudut saiz, jenis tumbuhan, ketahanan tumbuhan dan lain-lain berkaitan morphologi tumbuhan). Pemilihan tumbuhan pula adalah terdiri daripada tumbuhan yang biasa ditanam oleh masyarakat Melayu di halaman rumah. Antara tumbuhan @ softscape yang biasa didapati di halaman rumah masyarakat Melayu ialah Alphinia galang

MINYAK MASAK TERPAKAI BERGUNA UNTUK TANAMAN

Sisa buangan domestik di rumah selalunya kita buang begitu sahaja. Jika dihitung sangat banyak sisa domestik yang dibuang sebenarnya mempunyai kegunaan kepada kita.  Minyak masak terpakai yang digunakan mengoreng ikan, ayam dan sebagainya sering dibuang ke dalam tong sampah atau ke dalam saluran air, longkang dan sebagainya selepas digunakan. Membuang minyak masak terpakai ke tempat yang tidak sepatutnya boleh mendatangkan pencemaran. Saya pernah terbaca tentang kegunaan minyak masak terpakai baik untuk pokok mempelam.  Minyak masak terpakai boleh dibuang berhampiran pangkal pokok mempelam dan dikatakan menggalakkan pokok mempelam berbuah. Selain daripada berupaya melebatkan pokok mempelam berbuah kita juga berupaya menjaga alam sekitar daripada tercemar.  Selamat mencuba...

SISA MAKANAN SEBAGAI BAJA POKOK PISANG

Setiap hari kita membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Sebenarnya sisa makanan boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman sebagai baja kompos. Sisa makanan boleh dibuang di pangkal pokok pisang sebagai baja. Buang sisa makanan lebih kurang 1-2 kaki dari pangkal pokok kerana semasa proses penguraian sisa makanan akan mengeluarkan gas dan suhu tanah menjadi tinggi.  Dalam tempoh dua minggu sisa makanan akan mengalami penguraian penuh dan akan bertindak sebagai baja kepada pokok pisang. Selamat mencuba...

SISA SAYURAN & MAKANAN BERGUNA UNTUK TANAMAN

Setiap hari kita pasti memasak, banyak sisa daripada sayuran, kulit bawang dan pelbagai lagi yang tidak boleh digunakan.  Sayur-sayuran di dalam peti sejuk juga kadang-kadang lembik atau buruk kerana tidak sempat dimasak. Jangan sesekali buang kerana boleh digunakan sebagai salah satu bahan semulajadi bagi mengekalkan kelembapan tanah. Mudah sahaja kisar sisa ini dengan mesin pengisar (blander) sehingga hancur, kemudian siram di pangkal pokok. Supaya tidak kelihatan kotor dipangkal pokok atau didatangi oleh lalat dan sebagainya, boleh diletakan lapisan tanah sebagai menutupi sisa makanan tersebut. Selamat mencuba...

KELEBIHAN PELEPAH PISANG YANG KITA TIDAK KETAHUI

Biasanya selepas kita mengambil daun pisang, pelepahnya kita buang begitu sahaja. Kita juga sering membuang daun pisang yang tua begitu sahaja. Pelepah pisang sebenar bannyak manfaat kepada perubatan dan tanaman. Mayang atau potong halus pelepah pisang, letakan air  dan hancurkan dengan menggunakan pengisar "blander" sehingga hancur.  Pelepah pohon pisang didapati mengandung selulosa dalam jumlah yang cukup tinggi yang berupaya meningkatkan kelembapan tanah. Setelah siap siram pada pangkal pokok. Selamat mencuba ...

ABU & SISA BAKARAN BAIK UNTUK TUMBUHAN

Abu adalah serbuk sisa yang tertinggal selepas pembakaran kayu, daun-daun kering, sampah sarap dan sebagainya. Setiap hari pasti ada sampah sarap atau sebagainya yang kita tidak kehendaki dan lebih baik dibakar daripada dibuang ke dalam tong sampah.  Sampah sarap yang dibakar akan menghasilkan abu yang berguna kepada kita lebih-lebih lagi yang mempunyai tanaman.  Selain itu, asap daripada pembakaran sampah boleh menghalau nyamuk di sekitar rumah lebih-lebih lagi jika pembakaran dilakukan pada waktu petang atau awal malam.  Abu hasil daripada pembakaran sebenarnya banyak kegunaan antaranya BAJA ORGANIK Abu boleh digunakan sebagai baja organik yang digunakan bagi memperkaya kesuburan tanah pertanian. Dalam peranan ini, abu kayu berfungsi sebagai sumber kalium dan kalsium karbonat, yang bertindak sebagai agen kapur untuk meneutralkan tanah berasid. MENGUSIR SIPUT Abu juga tidak disukai oleh siput, secara tidak langsung tanaman kita tindak diganggu oleh haiwan perosak ini.   Abu hasil dari

KONSEP HALAMAN DEPAN TAMAN MELAYU

Taman dan lanskap merupakan suatu entiti penting yang menyumbang kepada pembinaan sesebuah Tamadun.   Dalam budaya Melayu pembinaan taman merupakan antara unsur penting yang menjadi pelengkap kepada sesebuah kediaman bersifat semulajadi dan mewujudkan ketenangan. Tumbuhan yang menjadi identiti taman Melayu boleh dibahagikan kepada empat kategori berdasarkan fungsinya iaitu estetika dan kecantikan, pohon herba, pohon yang berbuah dan pohon besar.

2 BAHAN BUANGAN UNTUK TUMBESARAN & KESUBURAN KELADI

P okok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Alocasia, Caladium , Dieffenbachia dan Xanthosoma , dalam subfamili Araceae .   Bagaimanapun, keladi juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia esculenta .   Keladi berasal dari India Selatan dan Asia Tenggara.   Pokok tropika saka ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.   Pokok keladi lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Sekiranya terdedah kepada langsung kepada bahang matahari yang terik, ini akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah celsius. (Sumber Wikipedia) 1.  AIR CUCIAN BERAS Berapa banyak air cucian beras kita buang setiap hari sedangkan air cucian beras mampu menjadi bahan organik dan

MUDAHNYA & MURAH BUAT KOLAM DI RUMAH

Kolam ikan  adalah sejenis takungan air terkawal yang diisi dengan ikan bagi tujuan   perternakan ikan   atau digunakan sebagai tujuan rekreasi atau hiasan. Untuk membina kolam saiz sederhana tidak lah memerlukan masa dan kos yang besar. 1. PILIH KAWASAN Pilih kawasan yang sesuai untuk dibina kolam dan tetapkan ukuran yang dikehendaki serta bentuk untuk memudahkan proses menggali. 2. KERJA MENGGALI Kerja-kerja mengali perlu dilakukan mengikut bentuk dan kedalaman yang dikehendaki oleh kita. Semasa menggali perlu berhati-hati menggunakan peralatan untuk mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini. 3. MEMASANG PLASTIK Plastik untuk alas kolam boleh dibeli di kedai yang menjual bahan binaan dan warna boleh dipilih mengikut citarasa sama ada hitam, putih atau biru mengikut saiz yang dikehendaki. Jika beli saiz yang besar kita perlu lah memotong mengikut saiz yang dikehendaki. 4. MENGISI AIR Setelah siap memasang plastik di dalam kolam, air boleh mula diisi dan tahap kedalaman mengikut ya