Skip to main content

Posts

PANTAI BATU BURUK | PANTAI POPULAR DI TERENGGANU

Pantai Batu Buruk adalah sebuah pantai yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pantai ini terkenal dengan pasir putihnya yang bersih dan laut biru jernihnya yang indah. Pantai Batu Buruk sering menjadi destinasi pelancongan bagi penduduk tempatan dan pelancong dari luar negeri. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bersantai di pantai, berenang, bermain bola pantai, bermain layang-layang dan menikmati makanan dan minuman tempatan di kawasan sekitar pantai. Pantai Batu Buruk juga menjadi tumpuan bagi pelancong yang ingin menikmati makanan laut yang segar dan lazat.  Semasa bulan Ramadan, Pantai Batu Buruk menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di tepi pantai sambil menikmati suasana yang tenang dan damai.   Bagi yang ingin menginap, terdapat beberapa hotel dan resort yang berdekatan dengan pantai Batu Buruk yang boleh ditempah. Pantai Batu Buruk juga terletak berhampiran dengan beberapa tempat menarik seperti Pasar Pay
Recent posts

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya.  Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong. Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi. Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon. Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial.  Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong yang layan

PASAR MANIR DALAM PUISI

Pasar Manir pada hari Sabtu sangat meriah Antara gambar yang terdapat di dalam Internet Pasar Manir Pada 1910

PERKONGSIAN PENGALAMAN BAJA KELADI HIASAN

Pengalaman menanam keladi hiasan di rumah memberi pengalaman dalam mencari baja yang sesuai untuk pokok keladi. Sebelum ini macam-macam baja digunakan berdasarkan rujukan di Youtube (tak nak sebut) namun ianya tidak memberikan impak kepada keladi.  ANTARA KOLEKSI KELADI PERINGKAT AWAL [SEBELUM MATI] Banyak keladi hiasan yang dibeli secara dalam talian di seluruh pelusuk negara sehingga ke Sarawak akirnya menyembah bumi. Yang mempunyai ubi kira o.k masih boleh di selamatkan yang tiada ubi "hai-hai, by-by lahhhh". PUTUS ASA  Apabila keladi hiasan banyak yang mati, mungkin tanah yang digunakan tidak sesuai atau salah campuran tanah. Peringkat awal saya guna campuran tanah dengan cocopeat. PERINGKAT AWAL pokok subur lepas tu satu demi satu mati sama ada tanah, bena atau lain-lain saya tidak tahu. TANAM SEMULA Ada yang dipindahkan ada yang dibiarkan mati. Pokok yang ditanam semula guna tanah bakar/ ambil tanah tempat pembakaran sampah ada juga menggunakan tanah yang dibeli. Kelad

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI

 

BINATANG PELIHARAAN ZAMAN KANAK-KANAK

Terkenang zaman kanak-kanak dahalu berkaitan binatang yang menjadi pelihara mainan. Sudah pasti ayam itik yang menjadi pilihan kerana emak bagitahu bila besar nanti ada kegunaan. Tidak susah untuk membelanya kerana binatang ini mudah tidak memilih makanan. Apa sahaja pasti dimakan dari lebihan makanan sehingga lah ulat dalam daun pisang. Masa mula-mula pelihara agak culas takut kepada orang, terpakas lah ikat tali rapia di kakinya tambat di tiang terutama ayam. Mengelupur bukan kepalang pada mulanya mengelupur nak lari lintang pukang. Berkat kesabaran dek bagi makanan setiap hari, seminggu dua dah mula kenal tuan. Apabila jinak sangat senang untuk diberi makan nok pegang pun senang. Beberapa bulan ayam itik dah nampak besar kepalang.  Binatang peliharan ini timbulkan emosi juga apabila bangun pagi hilang di rembat orang, penyakit menyerang dan disembelih dijadikan hidangan. 

KAMPUNG GONG KIAT, KUALA TERENGGANU

KEDUDUKAN KAMPUNG GONG KIAT Kampung Gong Kiat terletak antara Pengadang Baharu dan Padang Midin, Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang.  Jika melalui jalan utama Kuala Berang - Kuala Terengganu  Kampung Gong Kiat bermula selepas Kem Askar Wataniah Rejimen 512 (ada parit kecil sebelum SMK Padang Midin) sehinggalah Petronas Gong Kiat.    2. ASAL USUL  Etimologi kampung Gong Kiat setakat ini tidak dijumpai walaupun dalam pencarian Internet. Saya cuma mengandaikan negeri Terengganu negeri yang bentuk muka buminya pelbagai, ada kawasan tinggi rendah. Kawasan yang lebih tinggi sedikit dipanggil gong. Jadi memendangkan kawasan ini tinggi dipanggil gong. Manakala kiat pula mungkin merujuk sejenis pokok, iaitu pokok kiat. Mungkin kawasan ini agak tinggi dan banyak pokok kiat, maka dikenali orang sebagai Gong Kiat. 3. SURAU Antara surau yang terdapat di Kampung Gong Kiat ialau Surau Nurul Iman 4. TALI AIR Tali air yang menjadi sempadan antara Kampung Gong Kiat dengan Kampung Binjai Berambu. Tali