Skip to main content

PERSIAPAN AKHIR BUKA SEKOLAH SEMULA JULAI 2020

KESEDIAAN PELAJAR

SMK Pengalan Berangan, Marang telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam pada 15 Julai nanti. Persiapan yang sangat rapi mula dlaksanakan sejak dua minggu yang lepas dengan menyampaikan makluman awal dalam bentuk surat telah dihantar kepada ibu bapa dan pelajar melalui laman sosial, PIBG, MPKK dan juga hebahan di masjid pada hari Jumaat. Perkara yang dimaklumkan berkaitan sekolah akan dibuka pada 15 Julai 2020 yang melibatkan semua. Pelajar-pelajar yang benar-benar sihat sahaja yang boleh hadir ke sekolah. Pelajar yang akan hadir pada hari pertama bakal mengalami new normal apabila digalakkan memakai topeng, membawa air minuman dan makanan yang dimasak dari rumah. Kehadiran pelajar bermotosikal tidak dibenarkan membonceng pelajar lain dari rumah yang berasingan. Sesampainya di sekolah suhu badan dan catatan suhu badan akan diambil oleh guru bertugas di kaunter yang telah ditetapkan dan tangan perlu menggunakan hand sanitizer yang disediakan sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah. Selepas itu pelajar dikehendaki terus ke kelas mengikut laluan yang yang telah ditetapkan berdasarkan pandu arah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sesampainya di kelas pelajar harus menggunakan laluan masuk dan laluan keluar kelas serta merujuk tampat duduk berdasarkan pelan yang ditampal ditampal di pintu masuk. Semasa menunggu sesi persekolahan bermula pelajar dikehendaki membaca Yasin yang telah dibekalkan kepada setiap pelajar yang menjadi hak peribadi. Guru masa pertama hari pertama masa persekolahan akan membacakan peraturan dan peringatan bersama-sama pelajar. Melibatkan peraturan semasa di sekolah, peraturan semasa di dalam kelas, peraturan semasa di kantin, peraturan semasa rehat, peraturan semasa di bilik khas, peraturan di tandas dan peraturan semasa balik dan beberapa perkara lain yang berkaitan.


Pelajar juga harus mengetahui berberapa tempat larangan, laluan kecemasan serta tindakan segera sekira semasa berada di sekolah berasa tidak sihat dan berlaku kecemasan. Semasa berada di dalam kelas perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, mengikuti SOP termasuklah tidak boleh bertukar tempat duduk, tidak boleh bertukar dan berkongsi minuman dan makanan, tidak boleh berkongsi dan meminjam peralatan. Masa rehat pelajar-pelajar juga dikehendaki membeli makanan dan minuman yang dibungkus dan makan serta minum di dalam kelas di bawah pengawasan guru. Sekiranya hendak pergi ke tandas pelejar dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan pada masa yang sama hanya tiga orang sahaja yang dibenarkan berada di dalam tandas pada satu-satu masa. Guru yang mengajar juga akan mematuhi aspek-aspek yang telah ditetap dan diputuskan dan masih lagi mengamalkan standard 4 mengikut garis panduan PdPc yang telah dibincang dan dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Pelajar juga perlu mengetahui penggunaan makmal, bilik khas dan kedudukan mereka di bilik-bilik berkenaan. Pada masa yang sama guru bertugas akan sentiasa melaksanakan rondaan dan pemantauan agar semua pelajar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pelajar juga perlu sentiasa merujuk info dan pemberitahuan yang ditampal di sudut info dan papan kenyataan yang disediakan. Memahami semua peraturan yang dikeluarkan dan dibaca bersama-sama semasa masa pertama hari pertama pesekolahan. Mematuhi plan, laluan dan tempat berkumpul kecemasan sekiranya berlaku kecemasan.  Selepas tamat persekolahan pelajar-pelajar dikehendaki terus balik ke rumah dan mandi serta mencuci pakaian seragam sekolah. Beberapa video juga telah dihantar kepada pelajar menggunakan aplikasi semasa dan media social bagi menyampaikan info dan maklumat yang berkaitan dan peringatan.



Taklimat terakhir sebelum sekolah dibuka


KESEDIAAN FIZIKAL DAN NORMAL BAHARU

Bagi melancarkan sambutan pelajar dan guru esok, pihak sekolah telah memastikan peralatan perakam suhu dalam keadaan sedia diguna bilangan mencukupi dalam nisbah 1:50, bekalan hand sanitizer dan pencuci tangan mencukupi. Guru-guru mahir menggunakan alat perakam suhu dan menukar bateri dan mengetahui tempat meletak dan menyimpan peralatan tersebut. Kehadiran guru bertugas mesti lebih awal hadir ke sekolah dan sekiranya pelajar datang lebih awal daripada guru bertugas, tugas mengambil bacaan suhu badan perlu dilakukan oleh pengawal keselamatam. Memastikan tempat letak hands sanitizer diletakkan ditampat yang strategik. Termasuk di pintu utama, pejabat, tempat perakam waktu, tandas, kantin, makmal dan bilik guru. Begitu juga dengan sabun dan tempat mencuci tangan selain daripada di tandas perlu disediakan. Topeng muka akan dibekalkan kepada pelajar yang bergejala untuk kegunaan dan simpanan. Semua peraturan, pelan laluan dan laluan kecemasan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah perlu difotostat ditampal, digantung dan diberikan satu salinan kepada pelajar. Guru masa pertama hari pertama sesi persekolahan akan menyampaikan taklimat dan membaca segala peraturan kepada pelajar di dalam kelas sebagai menggantikan perhimpunan. Pelajar dikehendaki mengisi borang terimaan maklumat dan bahan yang disampaikan.

Semakan kerosakan di kelas, bilik khas dan tempat-tempat tertentu perlu dilaksanakan dan dilaporkan secara bertulis menggunkan borang laporan kerosakan ke pejabat untuk tindakan. Semua susunan kerusi meja dan peralatan di dalam kelas, bilik khas dan bilik-bilik tertentu telah disusun dan senarai nama guru yang berada ditempat berkenaan telah disiapkan dengan mengambil kira SOP. Peraturan, maklumat dan SOP di bilik-bilik tempat guru berada termasuk di kantin ditampal sebagai peringat kepada semua guru. Menyusun atur tempat-tampat baharu yang bakal diduduki oleh guru dan pelan kedudukan harus dibuat selain maklumat, peraturan dan SOP perlu ditampal. Kawasan-kawasan larangan telah dikenalpasti dan telah dipasang pita larangan untuk mengelakkan kawasan itu dikunjungi. Tunjuk arah laluan pergerakan pelajar ditampal dilantai, dinding dan sebagainya sebagai panduan arah pegerakan pelajar. Peringatan dalam bentuk sekatan, tunjuk jarak ditanda untuk pematuhan jarak fizkal semasa berada di sekolah. Peraturan-peraturan telah ditampal termasuk peraturan semasa di sekolah, peraturan di bilik darjah, peraturan di makmal, peraturan di bilik-bilik khas, peraturan di kantin, peraturan di tandas dan peraturan-peraturan lain yang dirasakan perlu.

Kain rentang, poster dan gegantung dipasang berkaitan wabak, pencegahan, peringatan dan SOP ditempat-tempat strategik. Penyediaan papan kenyataan yang memaparkan maklumat, info serta pelbagai sebagai rujukan pelajar  Alat pembesar dalam keadaan sedia guna untuk menyampaikan maklumat, info dan bacaan yasin di awal pagi. Penyediaan jadual bertugas guru dengan mengambil kira pelbagai aspek dan jadual giliran bacaan yasin. Buku laporan bertugas harian diubahsuai dengan mengambil kira beberapa aspek dan keadaan. Jadual waktu disedia dan diadarkan seminggu sebelum sekolah dibuka. Bilik rawatan pelajar dalam keadan sedia diguna dan ditampal peraturan dan carta alir yang sesuai. Bilik gerakan PIBG harus dibuka dan jadual giliran bertugas PIBG dikeluarkan. Jadual guru bertugas perlu ditampal di tempat-tempat strategik untuk memudahkan rujukan guru dan pelajar-pelajar. Jadual pemantauan oleh pihak pengurusan disediakan untuk memantau perjalanan sekolah setiap hari. Guru bertugas juga harus sentiasa memastikan bahan-bahan seperti sabun, hand sanitizer sentiasa mencukupi dan sedia digunakan.

Tunjuk jarak fizikal di hadapan kelas dan petunjuk laluan di dalam kelas di sediakan. Pemantauan dan laporan pencegahan denggi dilaksanakan tiga hari sebelum buka sekolah dan dari semasa ke semasa. Keluar masuk guru dan kakitangan menggunakan peraturan sebelum ini dan peraturan semasa. Pemantauan kawasan sekolah dan meminta kontraktor kebersihan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan sebelum buka sekolah. Papan tanda berhenti sila lapor diri di pondok pengawal dan mengambil bacaan suhu badan di tampal di hadapan pintu masuk ke kawasan sekolah.Tidak ada pelawat yang dibenarkan hadir pada waktu petang di asrama kecuali dengan kebenaran pengetua. Setiap pelajar perlu dibekalkan bekas air untuk menggalakan pelajar membawa air dari rumah. Setiap bahan edaran yang disampaikan kepada pelajar biar diteliti dan dibincangkan bersama-sama dan kelihatan menarik. Koperasi, kantin dan dewan makan melaksanakan pembersihan dan mengenalpasti tarik luput setiap barangan serta mematuhi SOP yang telah digasrikan. Kehadiran guru ke pejabat setiap masa perlu mematuhi SOP dan tidak boleh melebihi 3 orang pada setiap masa. Mesyuarat dan perbincangan perlu mematuhi SOP. Penyebaran maklumat sekolah dan sebagainya dilaksanakan dalam bentuk Youtube, Telegram, Whatsapp, Facebook, IG dan media sosial semasa. Menghantar surat makluman kepada pihak hospital/klinik dan pihak polis untuk bersedia dihubungi sekiranya berlaku kecemasan dan sebagainya. Sentiasa melaksanakan sanitasi yang bersesuaian bagi langkan persediaan dan kawalan wabak.






Comments

Popular posts from this blog

PANTAI BATU BURUK | PANTAI POPULAR DI TERENGGANU

Pantai Batu Buruk adalah sebuah pantai yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pantai ini terkenal dengan pasir putihnya yang bersih dan laut biru jernihnya yang indah. Pantai Batu Buruk sering menjadi destinasi pelancongan bagi penduduk tempatan dan pelancong dari luar negeri. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bersantai di pantai, berenang, bermain bola pantai, bermain layang-layang dan menikmati makanan dan minuman tempatan di kawasan sekitar pantai. Pantai Batu Buruk juga menjadi tumpuan bagi pelancong yang ingin menikmati makanan laut yang segar dan lazat.  Semasa bulan Ramadan, Pantai Batu Buruk menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di tepi pantai sambil menikmati suasana yang tenang dan damai.   Bagi yang ingin menginap, terdapat beberapa hotel dan resort yang berdekatan dengan pantai Batu Buruk yang boleh ditempah. Pantai Batu Buruk juga terletak berhampiran dengan beberapa tempat menarik seperti Pasar Pay

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya.  Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong. Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi. Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon. Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial.  Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong yang layan

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI