Skip to main content

ANTARA BEKER UBI YANG SEDAP DAN SEBUAH CATATAN PERJALANAN YANG BAHARU

1 Julai 2020 merupakan satu tarikh yang akan diingati sampai bila-bila apabila sekitar pukul 9.00 pagi telah dimaklumkan untuk hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pelbagai andaian dibuat tentang panggilan itu. Beberapa panggilan telefon kepada beberapa sahabat jelas menunjukkan ada sesuatu amanah baharu akan diberkan. Saya tenang sahaja pada hari itu. Selepas parking kereta saya sempat menghiburkan diri sendiri dengan secawan teh o panas dan satu bekas beker ubi sambil berwhatsapp dengan group middle sekolah secara santai termasuk tentang beker ubi yang sedap agar kehangatan 'kehadiran berkot' itu reda sekejap dan tidak mengganggu sesiapa.

Setelah selesai menghiburkan diri di warung berhampiran JPNT saya terus melangkah. Sesampainya di foyer JPNT saya dapati saya merupakan orang yang pertama yang sampai lalu saya menggambil keputusan bertengek sekejap sambil memerhati keadaan dan suasana di situ.  Saya melihat Wan Zaidi PKP Bukit Tunggal muncul dan saya terus ke bilik alamanda.  Di sofa bilik alamanda kelihatan Wan Zaidi berada di situ.  Wan Zaidi juga turut dipanggil dan difahamkan untuk menerima surat lantikan Pengetua Baharu. Kemudian Wan Zaidi juga dimaklumkan Tuan Haji Tamidi juga dipanggil. Sejurus kemudian En. Zainol pengetua SMK Bukit Diman dan Pn. Zainon pengetua SMK Padang Negara muncul diikuti Tn. Hj. Tamidi.  Persoalan semakin jelas apabila En. Azman Mat Nor PKP Jenagor dan En. Abdullah Sulong PKP Seri Payong juga turut muncul di hadapan Bilik Alamanda.

Persoalan yang bermain selama ini akhirnya terjawab apabila saya orang pertama dipanggil untuk menerima surat perlantikan SIPatner+



Selepas sahaja menerima surat perlantikan saya sangat berterima kasih kepada semua yang tidak pernah lelah memberikan sokongan kepada saya atas perlantikan baharu ini, walaupun di sisi lain ada yang sedang bergenang air mata yang mula memikiran tentang perjalanan yang sedang dicatat ini akan bernokhtah kerana sebuah perjalanan baharu akan mula dicatat di lembaran baharu.



Comments

Popular posts from this blog

TERENGGANU : ISTANA MAZIAH (1895 - KINI)

ISTANA MAZIAH mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof, istana ini dibina pada tahun 1897. Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870  (7 Zulhijjah 1286). Tapak Istana Hijau merupakan Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II (1831-1837) Kompleks Istana Sultan Mansur II  Istana Hijau Istana Maziah D alam Istana Maziah – Sekitar 1889 -1909 Rombongan Sir John Anderson dari Singapura tiba di Istana Maziah 1909 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Sumber : https:/...

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI