Skip to main content

KAMPUNG GONG KIAT, KUALA TERENGGANU

KEDUDUKAN KAMPUNG GONG KIAT

Kampung Gong Kiat terletak antara Pengadang Baharu dan Padang Midin, Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang.  Jika melalui jalan utama Kuala Berang - Kuala Terengganu  Kampung Gong Kiat bermula selepas Kem Askar Wataniah Rejimen 512 (ada parit kecil sebelum SMK Padang Midin) sehinggalah Petronas Gong Kiat.   


2. ASAL USUL 

Etimologi kampung Gong Kiat setakat ini tidak dijumpai walaupun dalam pencarian Internet. Saya cuma mengandaikan negeri Terengganu negeri yang bentuk muka buminya pelbagai, ada kawasan tinggi rendah. Kawasan yang lebih tinggi sedikit dipanggil gong. Jadi memendangkan kawasan ini tinggi dipanggil gong. Manakala kiat pula mungkin merujuk sejenis pokok, iaitu pokok kiat. Mungkin kawasan ini agak tinggi dan banyak pokok kiat, maka dikenali orang sebagai Gong Kiat.


3. SURAU

Antara surau yang terdapat di Kampung Gong Kiat ialau Surau Nurul Iman

4. TALI AIR

Tali air yang menjadi sempadan antara Kampung Gong Kiat dengan Kampung Binjai Berambu. Tali air ini pada awalnya digunakan untuk mengairi sawah padi di kawasan kiri dan kanan, namun sekarang ini kawasan kiri dan kanan tiada lagi sawah padi kerana telah dibina rumah.




Mengikut cerita yang disampaikan oleh penduduk tempatan tali air ini dahulunya sangat jernih sering menjadi tempat kana-kanak mandi-manda, banyak ikan air tawar dan dikatakan udang galah juga terdapat di sini. Namun sekarang disebabkan pembangunan dan pembinaan perumahan semua itu hanya tinggal kenangan.

Walaupun begitu masih lagi terdapat burung-burung yang sukar dijumpai dan hampir pupus antaranya burung wak-wak, burung ayam man, burung sitar, burung pekaka dan burung puyuh liar. Sesekali juga dapat dilihat kura-kura.

Sekarang ini masih lagi terdapat hidupan akuatik di dalam tali air ini ialah ikan sepat kampung, sepat kedah,haruan, belut dan siput.

Memandangkan masih ada lagi ikan maka tali air ini menjadi tarikan kaki pancing untuk sekali sekala melepaskan pancing mereka di tali air ini.

5. SAWAH PADI
6. DERETAN KEDAI
7. DERETAN KEDAI MAKAM

8. STESEN MINYAK

Setesen minyak Petronas merupakan stesen minyak yang terletak di Kampung Gong Kiat dan stesen minyak yang berhampiran ialah stesen minyak Petron di Pengadang Baharu


9. SEKOLAH

Sebuah sekolah menengah terdapat di kampung Gong Kiat, iaitu SMK Padang Midin.








 




















Comments

Popular posts from this blog

TERENGGANU : ISTANA MAZIAH (1895 - KINI)

ISTANA MAZIAH mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof, istana ini dibina pada tahun 1897. Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870  (7 Zulhijjah 1286). Tapak Istana Hijau merupakan Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II (1831-1837) Kompleks Istana Sultan Mansur II  Istana Hijau Istana Maziah D alam Istana Maziah – Sekitar 1889 -1909 Rombongan Sir John Anderson dari Singapura tiba di Istana Maziah 1909 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Sumber : https:/...

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya.  Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong. Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi. Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon. Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial.  Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong y...