Skip to main content

PERKONGSIAN PENGALAMAN BAJA KELADI HIASAN

Pengalaman menanam keladi hiasan di rumah memberi pengalaman dalam mencari baja yang sesuai untuk pokok keladi. Sebelum ini macam-macam baja digunakan berdasarkan rujukan di Youtube (tak nak sebut) namun ianya tidak memberikan impak kepada keladi. 

ANTARA KOLEKSI KELADI PERINGKAT AWAL [SEBELUM MATI]



Banyak keladi hiasan yang dibeli secara dalam talian di seluruh pelusuk negara sehingga ke Sarawak akirnya menyembah bumi. Yang mempunyai ubi kira o.k masih boleh di selamatkan yang tiada ubi "hai-hai, by-by lahhhh".

PUTUS ASA 

Apabila keladi hiasan banyak yang mati, mungkin tanah yang digunakan tidak sesuai atau salah campuran tanah. Peringkat awal saya guna campuran tanah dengan cocopeat. PERINGKAT AWAL pokok subur lepas tu satu demi satu mati sama ada tanah, bena atau lain-lain saya tidak tahu.

TANAM SEMULA

Ada yang dipindahkan ada yang dibiarkan mati. Pokok yang ditanam semula guna tanah bakar/ ambil tanah tempat pembakaran sampah ada juga menggunakan tanah yang dibeli. Keladi-keladi yang ditanam semula hidup segan mati tak mahu. 

BELI BAJA

Saya selalu beli baja dekat kedai ECO sahaja sebelum ini. Saya hari itu cuba beli baja subur untuk pokok-pokok kat rumah lalu terbeli baja ENTAC. Tak pernah mencuba sebelum ini, peringkat awal untuk pokok pisang belakang rumah. Penjual di peladang dah pesan JANGAN LETAK BANYAK NANTI POKOK MATI semasa letak peringkat permulaan saya tidak peduli pesanan itu....maka pokok hiasan lain MATI kerana terlebih baja daun menjadi terbakar. 

GUNA BAJA ENTAC

Untuk POKOK KELADI saya hanya letak SATU SUDU TEH untuk ukuran PASU UKURAN SAIZ BIASA SEBULAN SEKALI (setakat ini). ALHAMDULILAH setakat ini tumbuh sangat luar biasa.

BELI KAT PELADANG 

saya beli baja ENTAC ini kat kedai peladang,  jualan kat online pun ada. Harga macam-macam, tak lah mahal sangat....

ALHAMDULILLAH

Setakat tiga bulan saya guna hasilnya sangat luar biasa, membesar sebagai johan.... Perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya. Mungkin antara kita tidak sama pengalaman tanam keladi hiasan ini. Mungkin di luar sana yang lebih pro dalam hal ini ada banyak pengalaman dan tips yang boleh dikongsi. SELAMAT MENCUBA. JIKA POKOK TUAN PUAN MATI JANGAN SALAHKAN SAYA. SEKIAN.


SETELAH 3 BULAN GUNA BAJA ENTAC













Comments

Popular posts from this blog

TERENGGANU : ISTANA MAZIAH (1895 - KINI)

ISTANA MAZIAH mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof, istana ini dibina pada tahun 1897. Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870  (7 Zulhijjah 1286). Tapak Istana Hijau merupakan Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II (1831-1837) Kompleks Istana Sultan Mansur II  Istana Hijau Istana Maziah D alam Istana Maziah – Sekitar 1889 -1909 Rombongan Sir John Anderson dari Singapura tiba di Istana Maziah 1909 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Sumber : https:/...

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI