Skip to main content

BINATANG PELIHARAAN ZAMAN KANAK-KANAK

Terkenang zaman kanak-kanak dahalu berkaitan binatang yang menjadi pelihara mainan. Sudah pasti ayam itik yang menjadi pilihan kerana emak bagitahu bila besar nanti ada kegunaan. Tidak susah untuk membelanya kerana binatang ini mudah tidak memilih makanan. Apa sahaja pasti dimakan dari lebihan makanan sehingga lah ulat dalam daun pisang.

Masa mula-mula pelihara agak culas takut kepada orang, terpakas lah ikat tali rapia di kakinya tambat di tiang terutama ayam. Mengelupur bukan kepalang pada mulanya mengelupur nak lari lintang pukang. Berkat kesabaran dek bagi makanan setiap hari, seminggu dua dah mula kenal tuan. Apabila jinak sangat senang untuk diberi makan nok pegang pun senang. Beberapa bulan ayam itik dah nampak besar kepalang. 

Binatang peliharan ini timbulkan emosi juga apabila bangun pagi hilang di rembat orang, penyakit menyerang dan disembelih dijadikan hidangan. 


Comments

Popular posts from this blog

PERSIAPAN AKHIR BUKA SEKOLAH SEMULA JULAI 2020

KESEDIAAN PELAJAR SMK Pengalan Berangan, Marang telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam pada 15 Julai nanti. Persiapan yang sangat rapi mula dlaksanakan sejak dua minggu yang lepas dengan menyampaikan makluman awal dalam bentuk surat telah dihantar kepada ibu bapa dan pelajar melalui laman sosial, PIBG, MPKK dan juga hebahan di masjid pada hari Jumaat. Perkara yang dimaklumkan berkaitan sekolah akan dibuka pada 15 Julai 2020 yang melibatkan semua. Pelajar-pelajar yang benar-benar sihat sahaja yang boleh hadir ke sekolah. Pelajar yang akan hadir pada hari pertama bakal mengalami new normal apabila digalakkan memakai topeng, membawa air minuman dan makanan yang dimasak dari rumah. Kehadiran pelajar bermotosikal tidak dibenarkan membonceng pelajar lain dari rumah yang berasingan. Sesampainya di sekolah suhu badan dan catatan suhu badan akan diambil oleh guru bertugas di kaunter yang telah ditetapkan dan tangan perlu menggunaka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI

 

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...