Skip to main content

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online. Namun corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar, iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibekalkan namun kita tidak tahu data pelajar yang terlibat dalam fasa ke-2 ini. Kami masih lagi tidak berpuas hati dengan angka yang dicapai walaupun fasa 2 kita telah usahakan. Kami mahu peratusan pembelajaran dalam kalangan pelajar yang belajar terus meningkat. 



Fasa ke-3 dipacu bagi memastikan pelajar-pelajar yang tidak ada akses online juga tidak ketinggalan dengan harapan peratusan pelajar belajar berlaku peningkatan. Jurang pembelajaran antara pelajar yang mempunyai akses dan tidak mempunyai akses harus dikecilkan. Konsep DRIVE THRU, students or parents can pick up PdP materials from 8.00 am to 6.00 pm at bus stop dilaksanakan. Tugas pasukan kami hanya untuk merapatkan jurang antara yang ada kemudahan dengan yang tiada kemudahan agar jurang dapat dikecilkan. Kami tidak menyatakan idea ini hebat. Pasukan kami mencuba untuk melakukan yang terbaik.


Jika sebelum ini boleh datang ambil bahan sahaja. Students or parents can pick up PdP materials from 8.00 am to 6.00 pm at bus stop konsep drive thru bagi pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pdp online. Hari ini, kami cuba menyediakan lebih banyak akses dan bergerak menggunakan satu ruang lagi. Ibu bapa dan pelajar-pelajar yang datang bukan sahaja boleh mengambil bahan pdp mereka juga boleh meminjam buku-buku rujukan dan buku-buku cerita. Mereka juga boleh mengambil risalah aktiviti pertandingn kokurikulum, menghantar penyertaan aktiviti kokurikulum dan menghantar tugasan/kerja sekolah yang diberikan. 



Kita bergantung sepenuhnya kepada kejujuran pelajar-pelajar untuk mengambil, meminjam dan mengurus apa-apa sahaja pada bila-bila masa yang ada di situ walaupun terhad. Ibu bapa yang datang juga boleh meminjam buku-buku cerita bukan untuk sekolah menengah malahan untuk anak-anak yang sekolah rendah juga. Abang / kakak juga boleh meminjam untuk adik-adik sekolah rendah. Jika kami tidak berani mencuba sampai bila kami tidak dapat melihat kejujuran, disiplin dan kemenjadian mereka. Tujuan kami sebenarnya hendak memudahkan urusan ibu bapa dan pelajar-pelajar untuk akses bahan pdp. 


Kami tidak mahu keelokan yang hendak kami capai ada penghalang dan mungkin kecil bagi kita namun besar bagi ibu bapa dan pelajar-pelajar. Nescaya perkara ini akan menjadi penghalang kepada ketersampaian yang ingin dicapai. Masalah tetap ada dan kami tidak menunggu kesempurnaan untuk memulakannya. Sudah sampai masanya untuk kami mempercayai kejujuran dan kemenjadian yang kami bentuk bertahun-tahun selama ini. Kami tidak boleh bergerak tanpa sokongan semua pihak terutamanya "Group Volunteers Tecacher's and staff" yang sentiasa ingin bergerak dan melangkah jauh ke hadapan. 


Kami juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan yang tidak putus-putus atas usaha yang kami lakukan ini terutama rakan-rakan di facebook yang telah membuat 45 perkongsian dan rakan youtube yang membuat video tentang perkara yang kami lakukan.  Semoga Allah mempermudah dan merahmati perkara yang dilaksanakan ini.

KAMARULZAMAN ISMAIL
Pengetua 
SMK Pengkalan Berangan / GK
27 Mei 2020 / 2.44 p.m

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PANTAI BATU BURUK | PANTAI POPULAR DI TERENGGANU

Pantai Batu Buruk adalah sebuah pantai yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pantai ini terkenal dengan pasir putihnya yang bersih dan laut biru jernihnya yang indah. Pantai Batu Buruk sering menjadi destinasi pelancongan bagi penduduk tempatan dan pelancong dari luar negeri. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bersantai di pantai, berenang, bermain bola pantai, bermain layang-layang dan menikmati makanan dan minuman tempatan di kawasan sekitar pantai. Pantai Batu Buruk juga menjadi tumpuan bagi pelancong yang ingin menikmati makanan laut yang segar dan lazat.  Semasa bulan Ramadan, Pantai Batu Buruk menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di tepi pantai sambil menikmati suasana yang tenang dan damai.   Bagi yang ingin menginap, terdapat beberapa hotel dan resort yang berdekatan dengan pantai Batu Buruk yang boleh ditempah. Pantai Batu Buruk juga terletak berhampiran dengan beberapa tempat menarik seperti Pasar Pay

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya.  Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong. Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi. Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon. Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial.  Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong yang layan

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI