Skip to main content

Posts

PEREWANG BUKAN PENGACAU GENRE KESUSATERAAN

 

TATKALA TURUNNYA HUJAN MEMORI KEMBALI MEKAR DIINGATAN

Pagi ini hujan lalu mengiatkan zaman kanak-kanak, tatkala hujan kegembiraan panjang pasti bertandang. Bermain hujan merupak satu kemestian dan kesukaan yang sukar untuk digambarkan.  Lebih-lebih lagi ketika sedang bermain bola tiba-tiba turun hujan, larian semakin kencang walaupun berat baju basah di badan. Berguling mengeluncur di selut lumpur sedikit pun tidak takut pada kuman yang menyerang. Antara kami tak ada pun yang deman selepas bergelumang lumpur selut dalam hujan.  Bola kempis yang dikejar tendang tersemput-semput tersekat dek air yang memutih memenuhi padang. Rebah telentang itu jadi kebiasan kerana padang licin dan gurauan oleh rakan sepermainan.  Mak ayah tak sesekali marah akan kami berkejaran di padang, hanya diam memerhati kami secara tenang. Kesujukan bukan halangan permainan tetap diteruskan hingga kepenatan menjadikan malam terlena panjang tanpa gangguan. Apabila musim tengkujuh hujan memenuhi sawah bendang, padang, parit, longkang.  Menaut ikan su...

RUMAH PUISI KZ : PUISI-PUISI BERGAMBAR

TERENGGANU : ISTIMEWA PENGADANG BAHARU YANG RAMAI TIDAK KETAHUI

Tercari-cari di Internet tentang KAMPUNG PENGADANG BAHARU , Kuala Terengganu namun tidak banyak maklumat yang dijumpai.  Sejarah asal usul juga tidak dijumpai, mungkin juga berasal daripada perkataan Pengadang sasuatu objek yang digunakan untuk menghadang sesuatu. Mungkin juga Pengadang Baharu ini sering di landa banjir akibat limpahan air sungai Terengganu terutama musim tengkujuh, satu penghadang telah di bina oleh kerajaan ketika itu untuk mengelakkan limpahan air sungai Terengganu. 1. MASJID 2. PASAR MALAM 3. KEDAI NASI DAGANG SAWAH PADI KEDAI MINUM PETANG KEDAI NASI AYAM KEDAI SATE KEDAI SUP EKOR/TULANG KEDAI ROTI CANAI ROTI JOHN KEDAI ELETRIK KEDAI BAIKI KERETA TALI AIR RUMAH LAMA SIMPANG EMPAT

TERIMA KASIH TUHAN

Kehidupan ketika kecil tidak boleh dipisahkan dengan alam. Teringat zaman dahulu sawah bendang, padang, hujan, selut lumpur menjadi antara permainan. Sorak sorai hadir tanpa sebarang kerisauan sehingga menggunakan segala kudrat yang ada dilepas bersama-sama hembusan sinar petang yang tenang.  Kekadang parit dan sungai menjadi tempat berkubang dan berperang sesama rakan, bau selut dan air lumpur masih mengalir diingatan. Balik ke rumah dengan kulit berkabut dek air selut dan merah mata sudah menjadi kebiasaan.  Dalam perjalanan pulang banyak juga yang menjadi santapan putik-putik buah-buahan, jambu batu, mempelam dan apa-apa sahaja yang boleh dimakan kita kunyah dengan senyuman. Permainan sentiasa silih berganti mengikut musim. Musim kemarau tatkala lelopak dan peparit mulai kering,  menimba berkubang satu kemestian. Teresak-esak pedih menyucuk di sengat keli sesekali tidak serik esok ada lagi kubang yang harus didendang.  Indahnya lelangit petang takala musim angin d...

TERENGGANU : ANTARA PENGANGKUTAN AWAL YANG TERCATAT DI KANVAS MEMORI

Antara pengangkutan awal di Terengganu yang dapat dikisahkan melalui gambar yang kini hanya tercatat di kanvas memori. Penghargaan kepada pemilik gambar-gambar di Internet yang telah berkongsi gambar-gambar peribadi yang menjadi tatapan anak cucu. 1. TANDU Sekitar tahun 1920-an Sumber : Koleksi Foto-Foto Diraja Thailand (era Raja Mongkut & Raja Chulalongkorn) – Arkib Negara T hailand. ( 1890-1909) 1. PERAHU Foto yang memaparkan suasana penjual tiba dengan perahu ke Pasar Pagi di sekitar Manai (Manir). Kuala Terengganu dalam tahun c1910. Rujukan : University of Michigan, Amerika. 2. PERAHU LAYAR 3. PERAHU BESAR Perahu Besar merupakan salah satu khazanah warisan bangsa Melayu yang digunakan sekitar abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-20. Perahu ini dibina di sekitar muara sungai Kuala Terengganu dan digunakan oleh masyarakat Terengganu untuk berdagang sehingga ke Hanoi (Vietnam) di utara dan Ujung Padang (Indonesia) di selatan. Perahu-perahu besar ini menggunakan tiga jenis lay...