Skip to main content

TERIMA KASIH TUHAN

Kehidupan ketika kecil tidak boleh dipisahkan dengan alam. Teringat zaman dahulu sawah bendang, padang, hujan, selut lumpur menjadi antara permainan. Sorak sorai hadir tanpa sebarang kerisauan sehingga menggunakan segala kudrat yang ada dilepas bersama-sama hembusan sinar petang yang tenang. 

Kekadang parit dan sungai menjadi tempat berkubang dan berperang sesama rakan, bau selut dan air lumpur masih mengalir diingatan. Balik ke rumah dengan kulit berkabut dek air selut dan merah mata sudah menjadi kebiasaan. 

Dalam perjalanan pulang banyak juga yang menjadi santapan putik-putik buah-buahan, jambu batu, mempelam dan apa-apa sahaja yang boleh dimakan kita kunyah dengan senyuman.

Permainan sentiasa silih berganti mengikut musim. Musim kemarau tatkala lelopak dan peparit mulai kering,  menimba berkubang satu kemestian. Teresak-esak pedih menyucuk di sengat keli sesekali tidak serik esok ada lagi kubang yang harus didendang. 

Indahnya lelangit petang takala musim angin datang permainan layang-layang dan kapal terbang kertas sehingga penat mengigit sampai ke tetulang. Sentiasa cuba menerbangkan tanpa memikirkan gatal dari pokok lalang dan duri semalu yang menggigit mencalar larian. Walaupun layang-layang tidak tinggi di awan, perasaan tenang tetap datang kerana sudah habiskan manis petang dengan kegimbiraan tanpa sebarang gangguan. 

Kekadang dahaga yang datang dihilangkan dengan air telaga dan air paip rumah jiran yang berdekatan tanpa sebarang kerisauan penyakit menyerang datang. Perkara yang penting dahaga cepat menghilang dan kegembiraan dalam permainan dapat diteruskan. TERIMA KASIH TUHAN HADIRKAN KEGEMBIRAAN. 

* Gambar-gambar daripada Internet


Comments

Popular posts from this blog

TERENGGANU : ISTANA MAZIAH (1895 - KINI)

ISTANA MAZIAH mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof, istana ini dibina pada tahun 1897. Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870  (7 Zulhijjah 1286). Tapak Istana Hijau merupakan Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II (1831-1837) Kompleks Istana Sultan Mansur II  Istana Hijau Istana Maziah D alam Istana Maziah – Sekitar 1889 -1909 Rombongan Sir John Anderson dari Singapura tiba di Istana Maziah 1909 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Sumber : https:/...

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI