Skip to main content

TATKALA TURUNNYA HUJAN MEMORI KEMBALI MEKAR DIINGATAN

Pagi ini hujan lalu mengiatkan zaman kanak-kanak, tatkala hujan kegembiraan panjang pasti bertandang. Bermain hujan merupak satu kemestian dan kesukaan yang sukar untuk digambarkan. 

Lebih-lebih lagi ketika sedang bermain bola tiba-tiba turun hujan, larian semakin kencang walaupun berat baju basah di badan. Berguling mengeluncur di selut lumpur sedikit pun tidak takut pada kuman yang menyerang. Antara kami tak ada pun yang deman selepas bergelumang lumpur selut dalam hujan. 

Bola kempis yang dikejar tendang tersemput-semput tersekat dek air yang memutih memenuhi padang. Rebah telentang itu jadi kebiasan kerana padang licin dan gurauan oleh rakan sepermainan.  Mak ayah tak sesekali marah akan kami berkejaran di padang, hanya diam memerhati kami secara tenang. Kesujukan bukan halangan permainan tetap diteruskan hingga kepenatan menjadikan malam terlena panjang tanpa gangguan.

Apabila musim tengkujuh hujan memenuhi sawah bendang, padang, parit, longkang.  Menaut ikan sudah kemestian. Sebelum turung menaut di parit, longkang, bendang, cacing digali sebagai umpan. Setelah taut ditahan, suka bukan kepalang apabila batang taut mula turun naik seperti berdendang itu menendakan haruan sebesar anak lengan telah mengena memakan umpan. Sorak kegembiraan berkejar mendapatkan haruan lambat nanti takut terlepas menghilang. 

Pukat tua, tersimpan mula dikeluarkan setelah air tinggi di bendang pasti banyak ikan yang kehausan sebelum ini kegembiraan, ikan-ikan itu yang akan menjadi sasaran. Pukat tua mula direntang, setelah selesai pulang sekejap ke rumah dek tak tahan kesejukan. Nanti petang boleh tengok takut-taku dah ada ikan. Puyu, keli, kepal, terbo, haruan, yang menjadi sasaran mengelumpur setelah sekian lama dan semalaman pukat ditahan.

Hujan November biasa berhari-hari berlarutan sehingga ubi juga menjadi kegemaran. Ketika tubuh sejuk dan ubi, air kopi yang panas menjadi hidangan sambil menunggu tubuh panas kembali untuk sekali lagi dan lagi bermain hujan walaupun baju kain sebelum ini belum kering di salaian dan ampaian. 

KAWAN-KAWAN YANG SEANGKATAN MEMORI ITU BIARLAH KEJAP DI GEROBOK INGATAN DAN SILATURAHIM ERAT BERPANJANGAN. Insya-Allah.

* Penghargaan kepada pemilik gambar 

Comments

Popular posts from this blog

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya.  Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong. Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi. Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon. Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial.  Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong y...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI