Skip to main content

ABU & SISA BAKARAN BAIK UNTUK TUMBUHAN

Abu adalah serbuk sisa yang tertinggal selepas pembakaran kayu, daun-daun kering, sampah sarap dan sebagainya. Setiap hari pasti ada sampah sarap atau sebagainya yang kita tidak kehendaki dan lebih baik dibakar daripada dibuang ke dalam tong sampah. 


Sampah sarap yang dibakar akan menghasilkan abu yang berguna kepada kita lebih-lebih lagi yang mempunyai tanaman.  Selain itu, asap daripada pembakaran sampah boleh menghalau nyamuk di sekitar rumah lebih-lebih lagi jika pembakaran dilakukan pada waktu petang atau awal malam. 

Abu hasil daripada pembakaran sebenarnya banyak kegunaan antaranya

BAJA ORGANIK
Abu boleh digunakan sebagai baja organik yang digunakan bagi memperkaya kesuburan tanah pertanian. Dalam peranan ini, abu kayu berfungsi sebagai sumber kalium dan kalsium karbonat, yang bertindak sebagai agen kapur untuk meneutralkan tanah berasid.

MENGUSIR SIPUT

Abu juga tidak disukai oleh siput, secara tidak langsung tanaman kita tindak diganggu oleh haiwan perosak ini.  


Abu hasil daripada pembakaran sampah boleh diletakan dengan kadar yang sesuai sekitar pangkal pokok. Selamat mencuba…


Comments