Skip to main content

LANDSKAP KONSEP MELAYU

Secara umumnya dalam landskap Melayu terdapat pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan antaranya ialah lokasi dan kawasan persekitaran.

Landskap Melayu adalah suatu landskap yang menitik beratkan hubungan manusia dengan persekitarannya (tempat tinggal). Antara prinsip landskap Melayu, mempunyai halaman yang luas untuk pelbagai aktiviti masyarakat dan kekeluargaan.





Landskap Melayu mempertimbangkan aspek seperti di bawah:

1. Fungsi (setiap tumbuhan di halaman rumah sama ada untuk tujuan makanan, perubatan, teduhan atau kecantikan)

2. Tekstur (kulit batang, jenis daun, bentuk tumbuhan dan lain-lain)

3. Warna (warna yang dapat menafsirkan perasaan) 

4. Lokasi penanaman (dari sudut saiz, jenis tumbuhan, ketahanan tumbuhan dan lain-lain berkaitan morphologi tumbuhan).

Pemilihan tumbuhan pula adalah terdiri daripada tumbuhan yang biasa ditanam oleh masyarakat Melayu di halaman rumah. Antara tumbuhan @ softscape yang biasa didapati di halaman rumah masyarakat Melayu ialah Alphinia galanga (lengkuas), Cymbopogon citratus (serai), Averrhoa bilimbi (belimbing buluh), Citrus aurantifolia (limau), Cosmos caudatus (ulam raja), Curcuma domestika (kunyit), Capsium frutescens (lada), Garcinia mangostana (manggis), Mangifera indica (mempelam), Murraya koenigii (Kari), Piper betle (sirih), Psidium guajava (Jambu batu), Tamarindus indicus (celagi), Pandanus amarylifolius (pandan), Areca catechu (Pinang), Plumeria rubra (kemboja), Cananga odorata (Kenanga), Michelia champaca (Cempaka), Artocarpus heterophyllus (Nangka), Sansevieria spp (lidah jin), Cocos nucifera (Kelapa), Musa  (pisang), Hibiscus (Bunga raya), Ixora (Tudung periuk)

Elemen hardscape juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan identitinya. Elemen landskap kejur yang sangat 'significant' seperti tempayan, guri, tandas/bilik mandi, pagar, kerusi/pelantar, perigi, bangsal, reban

http://tamanmelayu2012.blogspot.com/2015/08/perihal-landskap-melayu.html

Comments

Popular posts from this blog

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya.  Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong. Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi. Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon. Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial.  Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong y...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI