Skip to main content

AMALAN MENYAPU HALAMAN RUMAH

Laman rumah masyarakat Melayu biasanya luas kerana mempunyai pelbagai fungsi. Pelbagai pokok ditanam yang mempunyai fungsi tertentu dalam pelbagai saiz. Pastinya apabila mempunyai pokok-pokok di halaman rumah daun pokok-pokok akan gugur.

Amalan menyapu di halaman rumah ini dilakukan untuk membersihkan kawasan halaman rumah daripada didatangi oleh haiwan berbisa dan sebgainya. Daun-daun yang gugur dan sebagainya disapu dan dilonggok di suatu tempat.

Sampah-sarap yang dilonggokan ini akan dibakar pada waktu petang. Tujuan membakar sampah-sarap ini pada waktu petang untuk menghalau nyamuk dan sebagainya. Pada waktu petang juga kain jemuran di rumah dan di rumah jiran tetangga telah diangkat dari jemuran. Jika tidak pasti kain di ampaian akan berbau asap.


Comments

Popular posts from this blog

PANTAI BATU BURUK | PANTAI POPULAR DI TERENGGANU

Pantai Batu Buruk adalah sebuah pantai yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pantai ini terkenal dengan pasir putihnya yang bersih dan laut biru jernihnya yang indah. Pantai Batu Buruk sering menjadi destinasi pelancongan bagi penduduk tempatan dan pelancong dari luar negeri. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bersantai di pantai, berenang, bermain bola pantai, bermain layang-layang dan menikmati makanan dan minuman tempatan di kawasan sekitar pantai. Pantai Batu Buruk juga menjadi tumpuan bagi pelancong yang ingin menikmati makanan laut yang segar dan lazat.  Semasa bulan Ramadan, Pantai Batu Buruk menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di tepi pantai sambil menikmati suasana yang tenang dan damai.   Bagi yang ingin menginap, terdapat beberapa hotel dan resort yang berdekatan dengan pantai Batu Buruk yang boleh ditempah. Pantai Batu Buruk juga terletak berhampiran dengan beberapa tempat menarik seperti Pasar Pay

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya.  Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong. Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi. Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon. Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial.  Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong yang layan

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI