Skip to main content

TRADISI MAKAN PULUT DURIAN

Musim durian datang lagi tahun ini. Teringat berkaitan tradisi makan pulut durian dalam kalangan masyarakat Melayu satu ketika dahulu. Pengalaman ini semasa 20 tahun lepas masih lagi dalam ingatan.

Pada zaman dahulu durian tidak semahal sekarang dan pasaran agak terhad. Jadi masyarakat ketika itu mengadakan tradisi makan pulut durian setiap kali datang musim durian di kampung.

Masyarakat di kampung salah sebuah jajahan di Kelantan biasanya mengadakan tradisi makan pulut durian di surau atau di masjid pada waktu petang.

Sebelum mengadakan acara ini pengumuman dibuat kepada penduduk kampung secara mulut ke mulut. Penduduk kampung yang mempunyai kebun atau pokok durian akan menyimpan durian yang gugur untuk dibawa ke acara tersebut. Bagi mereka yang tidak mempunyai kebun atau pokok durian akan membelinya sekirannya mereka mampu.

Pada hari acara ini, pada waktu tengah hari golongan wanita akan menyediakan santan kelapa, hirisan gula melaka/nisan dan pulut secara bergotong royong di surau atau masjid. Biasanya selepas solat asar penduduk kampung mula membawa durian ke acara. Beduk juga akan dipalu menandakan acara telah bermula dan sebagai jemputan kepada orang kampung untuk datang makan pulut durian.

Durian akan dibelah dalam suasana yang gembira sambil membandingkan isi antara satu sama lain. Suasana sangat seronok ketika itu.










Comments

Popular posts from this blog

TERENGGANU : ISTANA MAZIAH (1895 - KINI)

ISTANA MAZIAH mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof, istana ini dibina pada tahun 1897. Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870  (7 Zulhijjah 1286). Tapak Istana Hijau merupakan Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II (1831-1837) Kompleks Istana Sultan Mansur II  Istana Hijau Istana Maziah D alam Istana Maziah – Sekitar 1889 -1909 Rombongan Sir John Anderson dari Singapura tiba di Istana Maziah 1909 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Sumber : https:/...

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI