Skip to main content

4 POKOK TUMPUAN KANAK-KANAK ZAMAN DAHULU

Suatu ketika dahulu kehidupan sangat berbeza daripada sekarang. Kehidupan tanpa gajet dan banyak berhubung dengan alam seperti mandi sungai, main layang-layang, main rumah-rumah/masak-masak, memancing ikan, bermain permainan tradisional dan sebagainya. Sumber makanan untuk dimakan juga tidak banyak jadi makanan juga bergantung kepada alam. Antara pokok-pokok yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan kanak-kanak suatu ketika dahulu;

1. JAMBU BATU/JAMBU BIJI BANYAK

Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae".  Pada zaman dahulu ditanam di halaman rumah atau tumbuh semulajadi yang disebabkan oleh binatang khususnya burung dan musang.  Kanak-kanak pada zaman dahulu suka memanjat pokok ini untuk mengambil buah untuk dimakan.


2. MEMPELAM/PAUH GATAL/PEDAYAN

Pada zaman dahulu penanaman pokok mempelam tidak seperti sekarang banyak dimerata-rata tempat. Pokok mempelam yang biasa dijumpai pada masa dahulu mempelam ringan, mempelam garal dan mempelam pedal ayam. Pokok-pokoknya begitu besar dan tumbuh berhampiran hutan. Ketika musim berbuah pokok-pokok ini sering menjadi tempat tumpuan kanak-kanak menunggu buahnya gugur. Cara makan buah ini terus digigit tanpa menggunakan pisau. Walaupun rasanya masam namun disebabkan tidak banyak makanan yang boleh dimakan buah yang masam ini rasanya tetap sedap.


3. CERI KAMPUNG/KERUKUP

Kerukup ataupun Ceri Kampung ialah sejenis tumbuhan kecil yang mengandungi buah yang manis dan digemari oleh kanak-kanak. Tumbuhan ini mempunyai banyak nama lain seperti Ceri Jamaica (Jamaican cherry), Panama berry, Capulin, Ceri Melayu, Ceri Kampung dan Kersen. Nama sainsnya ialah Muntingia calabura. Tidak putus menumbuh sepanjang tahun, buah ceri Melayu ini boleh dimakan begitu sahaja. Buah ini digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis karamel dan berbau harum.



4. KEMUNTING

Pokok Kemunting merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di Kawasan semak samun yang biasanya tanag berpasir. Nama botaninya Rhodomyrtus tomentosa Wight.



Sumber :

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Jambu_batu

2. http://mamamiasanasini.blogspot.com/2015/05/puding-mangga.html

3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kerukup_Siam

4. https://en.wikipedia.org/wiki/Rhodomyrtus_tomentosa

Comments

Popular posts from this blog

PERSIAPAN AKHIR BUKA SEKOLAH SEMULA JULAI 2020

KESEDIAAN PELAJAR SMK Pengalan Berangan, Marang telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam pada 15 Julai nanti. Persiapan yang sangat rapi mula dlaksanakan sejak dua minggu yang lepas dengan menyampaikan makluman awal dalam bentuk surat telah dihantar kepada ibu bapa dan pelajar melalui laman sosial, PIBG, MPKK dan juga hebahan di masjid pada hari Jumaat. Perkara yang dimaklumkan berkaitan sekolah akan dibuka pada 15 Julai 2020 yang melibatkan semua. Pelajar-pelajar yang benar-benar sihat sahaja yang boleh hadir ke sekolah. Pelajar yang akan hadir pada hari pertama bakal mengalami new normal apabila digalakkan memakai topeng, membawa air minuman dan makanan yang dimasak dari rumah. Kehadiran pelajar bermotosikal tidak dibenarkan membonceng pelajar lain dari rumah yang berasingan. Sesampainya di sekolah suhu badan dan catatan suhu badan akan diambil oleh guru bertugas di kaunter yang telah ditetapkan dan tangan perlu menggunaka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI

 

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...