Skip to main content

TERENGGANU : PASAR PAYANG SATU PERJALANAN


Pasar Payang pada tahun 1906



Pasar Payang 1920

Gambar Pasar Atap pada 1950-an tapak Pasar Payang -BERNAMA

Pasar Payang dibina pada tahun 1968


Perahu Payang berlabuh di Pasar Payang setengah abad yang lalu. Kredit gambar : heritagemalaysia.bl

Pasar Payang akhir 1960-an

https://twitter.com/ohmytranung/status/582062691449065472 (1970-an)




Tahun 1980
Gambar daripada Internet



https://my.worldorgs.com/katalog/kuala-terengganu/pusat-beli-belah/pasar-payang


Pasar Payang Sekarang

Pasar Payang masa hadapan-akan datang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasar Payang atau Pasar Besar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Ia merupakan tumpuan para pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur termasuk ikan, sayur-sayuran dan kuih-muih tradisional. Sementara tingkat atas terkenal sebagai menjual pakaian terutama batik Terengganu, sutera, kain broket dan songket tenunan Melayu.

Pada tahun 1964, ia dibangunkan sebagai sebuah pasar, bagi menempatkan peniaga-peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang dirobohkan. Pada awalnya ia hanyalah gerai berasaskan kayu sebelum dinaik tarafkan pada 1968. Pasar Payang telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu ke-16, yang ketika itu juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-4 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1968. Pada tahun 2019, bangunan lama Pasar Payang dirobohkan, untuk digantikan dengan pasar yang baru.








Comments

Popular posts from this blog

TERENGGANU : ISTANA MAZIAH (1895 - KINI)

ISTANA MAZIAH mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof, istana ini dibina pada tahun 1897. Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870  (7 Zulhijjah 1286). Tapak Istana Hijau merupakan Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II (1831-1837) Kompleks Istana Sultan Mansur II  Istana Hijau Istana Maziah D alam Istana Maziah – Sekitar 1889 -1909 Rombongan Sir John Anderson dari Singapura tiba di Istana Maziah 1909 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Sumber : https:/...

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI