Skip to main content

5 MAKANAN JERUK YANG TETAP BERTAHAN/LEGEND DALAM MASYARAKAT

1. BUDU

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Budu merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

2. TEMPOYAK

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.



3. CENCALUK

Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain. Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.


4. TELUR MASIN

Telur masin merujuk kepada telur yang diawet dengan menggunakan garam bagi mengekalkan ketahanannya. Jenis telur masin yang paling popular adalah telur itik. Ini adalah kerana kuningnya yang lebih besar, tetapi telur ayam turut boleh dijadikan telur masin. Telur masin pernah merupakan hasil perdagangan penting orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan. Telur-telur ini disimpan di dalam tempayan yang kemudiannya turut dijual selepas telur di dalamnya habis digunakan.

5. PETAI JERUK


Sumber :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Budu

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tempoyak

https://ms.wikipedia.org/wiki/Cencaluk

https://nordiyana.com/delicious-cencaluk-traditional-melaka-food/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Telur_masin

http://cenitherebeq.blogspot.com/2011/03/petai-jeruk.html

Comments

Popular posts from this blog

TERENGGANU : ISTANA MAZIAH (1895 - KINI)

ISTANA MAZIAH mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof, istana ini dibina pada tahun 1897. Tokoh yang diberi tanggungjawab sebagai pengurus pembinaan dan jurutera Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Istana Maziah dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang telah hangus terbakar. Istana Hijau dibina pada masa pemerintahan Sultan Omar (Baginda Omar) pada 10 Mac 1870  (7 Zulhijjah 1286). Tapak Istana Hijau merupakan Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II (1831-1837) Kompleks Istana Sultan Mansur II  Istana Hijau Istana Maziah D alam Istana Maziah – Sekitar 1889 -1909 Rombongan Sir John Anderson dari Singapura tiba di Istana Maziah 1909 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Dalam Kota, Istana Maziah 1889-1906 Sumber : https:/...

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya.  Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong. Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi. Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon. Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial.  Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong y...