Skip to main content

BAYAR CUKAI JALAN (ROAD TAX) MUSIM COVID-19

Isu kesukaran bayar road tax dalam kalangan masyarakat akibat Covid-19. Pada mulanya saya juga berasa sangat keluh resah apabila sering membaca di media sosial tentang masalah ini. Isu ini juga mendapat ulasan dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 29 Ogos 2021) oleh Aznan Bakar di ruangan Minda Pengarang. Saya tak pasti sama ada ini isu atau mungkin sebaliknya. 

Semalam saya cuba berurusan dengan Pejabat Pos untuk temu janji secara talian. Pejabat pos yang saya pilih, Pejabat Pos Bukit Payong.

Petang semalam walaupun cuti hujung minggu, Sabtu temu janji dibuat dengan memilih untuk hadir pada pukul 9.30 pagi.



Pagi tadi apabila saya tengok e-mail ada jawapan daripada temujanji yang dipohon.


Pagi tadi pada pukul 9.00 dari rumah saya ke pejabat Pos Bukit Payong seperti yang dijanjikan dan berjaya membayar cukai jalan. Saya tak nampak pun isu untuk bayar cukai jalan seperti yang yang sering terbaca di media sosial. 

Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan pejabat Pos Bukit Payong yang layanannya sangat baik terutanya Puan Shahizan Ariffin.

KAKITANGAN PEJABAT POS BUKIT PAYONG, TERIMA KASIH

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERSIAPAN AKHIR BUKA SEKOLAH SEMULA JULAI 2020

KESEDIAAN PELAJAR SMK Pengalan Berangan, Marang telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam pada 15 Julai nanti. Persiapan yang sangat rapi mula dlaksanakan sejak dua minggu yang lepas dengan menyampaikan makluman awal dalam bentuk surat telah dihantar kepada ibu bapa dan pelajar melalui laman sosial, PIBG, MPKK dan juga hebahan di masjid pada hari Jumaat. Perkara yang dimaklumkan berkaitan sekolah akan dibuka pada 15 Julai 2020 yang melibatkan semua. Pelajar-pelajar yang benar-benar sihat sahaja yang boleh hadir ke sekolah. Pelajar yang akan hadir pada hari pertama bakal mengalami new normal apabila digalakkan memakai topeng, membawa air minuman dan makanan yang dimasak dari rumah. Kehadiran pelajar bermotosikal tidak dibenarkan membonceng pelajar lain dari rumah yang berasingan. Sesampainya di sekolah suhu badan dan catatan suhu badan akan diambil oleh guru bertugas di kaunter yang telah ditetapkan dan tangan perlu menggunaka...

PUISI, KATA-KATA & DOA TOK KENALI

 

INOVATIF UNTUK MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN SEMASA MUSIM PKP/PKPB

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara online.  Namun  corak demografi pembelajaran online pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini. Selepas seminggu pelaksanaan pdp online tingkatan 1-5 kita dapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah. Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunaka telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu. SMKPB melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar,  iaitu menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibeka...